Berikut adalah unjuran atau ramalan (Forecast) daripada Analisa Teknikal di buat pada 29 okt 2010, analisa ini menjangkakan harga emas mungkin mencecah USD$1420.00/oz pada penghujung Disember 2010.
Lihat bagaimana Wegner Financial Group menggunakan penunjuk (indicator) Elliot Wave dan juga Fibonacci Extension untuk membuat analisa teknikal tersebut.
Jika benar unjuran tersebut.. apalagi.. beli lah emas dari saya haha..Selamat menonton dan melabur.
Teknikal Analisis Emas Unjuran pada 29 okt 2010
Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar.
Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalan wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik.
Deflasi dianggap sebagai satu masalah dalam ekonomi moden kerana potensi lingkaran deflasi dan kaitannya dengan Zaman Kemelesetan.
Tutorial Ekonomi: Indek Harga Pengguna / Consumer Price Index (CPI)
Indeks harga pengguna atau IHP (Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa.
IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:
Bakul barangan dan perkhidmatan | Wajaran (2005) |
|---|---|
| Makanan dan Minuman Bukan Alkohol | 31.4 |
| Minuman Alkohol dan Tembakau | 1.9 |
| Pakaian dan Kasut | 3.1 |
| Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain | 21.4 |
| Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah | 4.3 |
| Kesihatan | 1.4 |
| Pengangkutan | 15.9 |
| Komunikasi | 5.1 |
| Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan | 4.6 |
| Pendidikan | 1.9 |
| Restoran dan Hotel | 3.0 |
| Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan | 6.0 |
| Jumlah | 100 |
Nota: Wajaran diatas bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.
Pengiraan IHP(CPI)
Proses pengiraan IHP merupakan satu proses yang rumit kerana bakul pengguna mengandungi banyak barang. Terdapat tiga langkah utama dalam pengiraan IHP :- Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun asas.
- Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun semasa.
- Mengira IHP bagi tahun asas dan tahun semasa.
Asas masa
IHP bagi Malaysia dinyatakan dalam tahun asas 2005=100 yang mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2006. Bakul barangan dan perkhidmatan dan juga tempoh asas bagi IHP dikemaskini setiap 5 tahun dengan mengambil kira perubahan dalam corak perbelanjaan isi rumah.Kadar perubahan
Contoh berikut menunjukkan cara mengira perubahan mata indeks dan perubahan peratus.-
- Indeks harga pengguna - indeks harga pengguna sebelumnya = Perubahan mata indeks
- contohnya, 125.4 - 124.3 = 1.1
-
- Perubahan mata indeks / indeks sebelumnya x 100 = Perubahan peratus
- contohnya, (125.4 - 124.3)/124.3 x 100 = 0.9%
Dalam Ilmu ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.
Cara Mengukur Inflasi
Inflasi selalunya diukur dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.
Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:
- Indeks kos sara hidup
- Indeks harga pengeluar
- Indeks harga komoditi
- Indeks harga pengguna teras
Faktor inflasi
Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:1. Inflasi tolakan kos
Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.
2. Inflasi tarikan permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
- Peningkatan kadar pendapatan
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.
- Peningkatan penawaran wang
3. Inflasi diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
- Peningkatan harga di luar negara
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
- Penurunan kadar pertukaran wang
4. Jangkaan pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.
Kesan inflasi
Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.
KDNK boleh dinilai di dalam tiga cara, pada prinsipnya, semuanya mesti mendapat keputusan yang sama. Mereka adalah pendekatan produk (atau keluaran), pendekatan pendapatan dan pendekatan perbelanjaan.
Di antara ketiga-tiga cara, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana ia menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mestil dibeli oleh ssseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.
Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai
KDNK adalah dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.
KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):
- KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"),
- atau,
- KDNK = C + I + G + (X-M)
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
- KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
Uncle Sam mencetak lagi Dollar dengan Mengharap QE2 berfungsi!
Perkembangan terkini yang berlaku di Amerika dimana kerajaannya (Federal Reserve Bank @ bank pusat Amerika) memutuskan minggu lepas untuk mencetak lagi dollar untuk memebri suntikan kepada pergerakan ekonomi dalam negeri
Lihat video dibawah ini untuk memahami apakah itu QE2 atau Quantitative Easing ke2.