Content feed Comments Feed

Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi melawat ke halaman blog ini. Blog ini dibina bagi berkongsi pengetahuan saya mengenai perlaburan emas.Kami (saya dan Isteri) merupakan agen sah Public Fine Gold Intertanional Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold yang menyediakan khidmat menjual dan membeli emas samada goldbar , dinar dan emas perhiasan. Public Gold bukanlah syarikat yang menjalankan aktiviti MLM atau apajua skim cepat kaya yang menjanjikan komisyen atau dividen, tetapi kami hanyalah menjalankan perniagaan emas dengan nilai dan perkhidmatan yang kompetatif.

Teknik Perlaburan Ar-Rahnu

Tahukah anda bahawa anda boleh menggandakan keuntungan perlaburan emas anda dengan menggunakan kemudahan pajakan Islam Ar-Rahnu di bank-bank terpilih tempatan? Ketahui rahsia dan teknik perlaburan ini di sini...

Zakat Emas dan Perak

"Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukuphaulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

Safer Investment Option

Gold is always better for investors who want proper and real diversification from their investment portfolio
Syukor said the company (Public Fine Gold Int) receives more orders from customers when the price of gold dips, a sign that local gold investors were monitoring prices closely.
“Gold price in Malaysia keeps on increasing according to world gold prices. Some 10 years ago, gold was around US$255.95 (RM797.51) an ounce and in early 2008, gold was around US$833 an ounce. Now, gold costs US$1,250 per ounce.
CahayaBiru.com

Teknikal Analisis Emas Unjuran pada 29 okt 2010

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar 07 November, 2010

Berikut adalah unjuran atau ramalan (Forecast) daripada Analisa Teknikal di buat pada 29 okt 2010, analisa ini menjangkakan harga emas mungkin mencecah USD$1420.00/oz pada penghujung Disember 2010.

Lihat bagaimana Wegner Financial Group menggunakan penunjuk (indicator) Elliot Wave dan juga Fibonacci Extension untuk membuat analisa teknikal tersebut.

Jika benar unjuran tersebut.. apalagi.. beli lah emas dari saya haha..Selamat menonton dan melabur.

Tutorial Ekonomi: Deflasi

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar.

Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalan wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik.

Deflasi dianggap sebagai satu masalah dalam ekonomi moden kerana potensi lingkaran deflasi dan kaitannya dengan Zaman Kemelesetan.

Indeks harga pengguna atau IHP (Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa.

IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:

Bakul barangan dan perkhidmatan
Wajaran (2005)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
31.4
Minuman Alkohol dan Tembakau
1.9
Pakaian dan Kasut
3.1
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
21.4
Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
4.3
Kesihatan
1.4
Pengangkutan
15.9
Komunikasi
5.1
Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
4.6
Pendidikan
1.9
Restoran dan Hotel
3.0
Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan
6.0
Jumlah
100

Nota: Wajaran diatas bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.

 

Pengiraan IHP(CPI)

Proses pengiraan IHP merupakan satu proses yang rumit kerana bakul pengguna mengandungi banyak barang. Terdapat tiga langkah utama dalam pengiraan IHP :
  1. Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun asas.
  2. Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun semasa.
  3. Mengira IHP bagi tahun asas dan tahun semasa.
Harga yang digunakan dalam pengiraan IHP adalah harga runcit tanpa mengambil kira samada ia dinyatakan sebagai harga biasa atau harga istimewa termasuk juga semua cukai jualan dan cukai eksais yang dikenakan ke atas komoditi tertentu. Harga-harga ini dipungut pada tempoh masa yang ditetapkan. Di Malaysia, pungutan ini dilaksanakan setiap bulan bagi kesemua item kecuali bagi barangan makanan mudah rosak yang dipungut setiap minggu. Pengecualian diberikan kepada sewa rumah yang dipungut pada setiap suku tahun.

Asas masa

IHP bagi Malaysia dinyatakan dalam tahun asas 2005=100 yang mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2006. Bakul barangan dan perkhidmatan dan juga tempoh asas bagi IHP dikemaskini setiap 5 tahun dengan mengambil kira perubahan dalam corak perbelanjaan isi rumah.

Kadar perubahan

Contoh berikut menunjukkan cara mengira perubahan mata indeks dan perubahan peratus.
Indeks harga pengguna - indeks harga pengguna sebelumnya = Perubahan mata indeks
contohnya, 125.4 - 124.3 = 1.1
Perubahan mata indeks / indeks sebelumnya x 100 = Perubahan peratus
contohnya, (125.4 - 124.3)/124.3 x 100 = 0.9%

Tutorial Ekonomi: Inflasi

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Dalam Ilmu ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.

Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Cara Mengukur Inflasi
Inflasi selalunya diukur dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.
Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:

  • Indeks kos sara hidup
  • Indeks harga pengeluar
  • Indeks harga komoditi
  • Indeks harga pengguna teras

 

Faktor inflasi

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:

1. Inflasi tolakan kos

Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi tarikan permintaan

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
  • Peningkatan kadar pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
  • Peningkatan penawaran wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi diimport

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:
  • Peningkatan harga di luar negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
  • Penurunan kadar pertukaran wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Kesan inflasi

Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

Tutorial Ekonomi: GDP/KDNK

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.


KDNK boleh dinilai di dalam tiga cara, pada prinsipnya, semuanya mesti mendapat keputusan yang sama. Mereka adalah pendekatan produk (atau keluaran), pendekatan pendapatan dan pendekatan perbelanjaan.


Di antara ketiga-tiga cara, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana ia menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mestil dibeli oleh ssseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.


Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai


KDNK adalah dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.


KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):

KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"),
atau,
KDNK = C + I + G + (X-M)
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.


KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.


Uncle Sam mencetak lagi Dollar dengan Mengharap QE2 berfungsi!

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar 06 November, 2010

Perkembangan terkini yang berlaku di Amerika dimana kerajaannya (Federal Reserve Bank @ bank pusat Amerika) memutuskan minggu lepas untuk mencetak lagi dollar untuk memebri suntikan kepada pergerakan ekonomi dalam negeri
Lihat video dibawah ini untuk memahami apakah itu QE2 atau Quantitative Easing ke2.


Bayangkan jika ATM boleh keluarkan Emas!

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar 28 October, 2010

Salam,

Bayangkan jika anda dapat membeli emas menggunakan mesin ATM! berikut adalah video di petik dari youtube tentang  mesin ATM emas di Abu Dhabi.

Kenapa harus memiliki emas atau perak fizikal?

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar 25 October, 2010

Salam semua,

Di dalam presentation saya ada menceritakan tentang kepentingan atau kelebihan memiliki emas fizikal (emas yang anda boleh pegang atau rasa atau emas yang memberi kepuasan sepenuhnya :) )berbanding dengan emas kertas atau Mat Salleh kata Paper Gold.

Hari ini saya ada terjumpa video-video di youtube yang juga memberi pendapat tentang kelebihan tersebut. Tetapi terpulang kepada aunda untuk membuat keputusan. Duit anda.. emas anda... risiko anda.. keuntungan anda.. selamat menonton.





Masa Untuk Membeli Perak

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Salam emas untuk semua,

Hari ini saya postkan video yang mungkin agak lama, tetapi barang di ingat bahawa investment emas dan perak merupakan long term investment, bukan beli hari ini jual esok!

Perak antara komoditi yang mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi sama seperti emas, tetapi sejak kebelakangan ini permintaan untuk komoditi ini agak memberangsangkan di sebabkan permintaan daripada industri yang menggunakan perak sebagai barang asas produk mereka. Di tambah pula pengeluaran atau ektiviti perlombongan komodoti ini semakin kurang di sebabkan stok di dalam bumi ini semakin berkurang. Perak dijangkakan akan mengalami kenaikkan harga yang tinggi seperti mana emas malahan di jangkakan kadar gandaan nilainya lebih memberangsangkan berbnanding perak.

Lihat video ini, mulakan menyimpan perak jongkong demi masa depan.









Koleksi Video Berguna Tentang Emas

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Mesin ATM Emas Pertama di Abu Dhabi



GOLD VS DOLLAR

Koleksi Video Public Gold di Internet

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Coperate Video Public Gold


Emas Public Gold Di Berita TV1



Emas Public Gold Di Program Biz Malaysia Di TV1


Public Gold On Astro Awani







Public Gold On TV2 News 16/1/10 8.00pm  (Mandarin)

Mengapa Anda Harus Melabur Dalam Emas

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Nantikan Topik Menarik ini

Produk Public Dinar

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Akan Datang...

Apa Itu Emas Kertas Atau Paper Gold

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Akan saya postkan tidak lama lagi... teruskan melawat Blog saya

Cara Menggandakan Keuntungan Emas Dengan Ar-Rahnu

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Akan saya post kan tidak lama lagi

Kaedah Melabur Emas Cara Mudah

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Untuk membuat keuntungan emas ini terdapat 2 cara:

Pertama- Anda membeli ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas tinggi. Untuk pengetahuan anda, harga emas sememangnya cepat akan berubah setiap detik. Untuk harga emas public gold, berubahan berlaku setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.

Kedua- Menggunakan sistem pemurataan kos pembelian emas anda. Ok, saya menceritakan pengalaman saya secara telus dengan emas 20g ini. Bulan Ogos 2009 saya membeli emas 20g pada harga emas RM2312, bulan September 2009 pula saya membeli lagi emas 20g pada harga RM2412, bulan October 2009 saya membeli lagi emas 20g dengan harga RM2427. Cadangnya kalau bulan depan samada harga emas 20g naik atau tidak  saya akan membeli lagi emas 20g itu. Katakan bulan November 2009 saya membeli pada harga emas 20g RM2500. So pengiraan yang mudah kita lihat samada untung atau pun rugi iaitu:

2312 + 2412 + 2427 + 2500 =9651/4

Harga Emas Purata 20g yang saya beli ialah  =RM2412.17 untuk tempoh 4 bulan ini. Ini bermakna saya untung RM87.83 sen atas setiap emas yang saya jual. Jumlah keuntungan semuanya ialah RM351.32 jika keempat-empat emas ini saya jual. Bermakna 3.64% saya untung dalam tempoh 4 bulan.

Membeli Produk Public Gold Daripada Saya

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Berikut saya terangkan cara bagaimana untuk membeli produk Public Gold, Public Dinar atau Public Jewellery daripada saya.

Pertamanya hubungi saya melalui telefon untuk mengetahui stok produk-produk yang anda berminat

Jika stok di tangan saya ada:
A1. Lawat blog saya atau website Public Gold untuk melihat harga terkini produk yang di ingini
A2. Hubungi saya segera dan confirmkan harga (harga yang akan di persetujui adalah pada harga ketika saya menyemak harga di web Public Gold)
A3. SMS nama, no K/P, alamat, email,  dan no. H/P anda kepada saya
A4. Buat bayaran kepada saya melalui Internet banking/Cash deposit (COD tidak di terima kecuali kepada 'regular customer' demi 'Safe Trade')
A5. Hubungi saya untuk confirm untuk delivery point dan masa (hanya setelah bayaran di sahkan & tempat perjumpaan di sahkan selamat).
A6. Serahan di lakukan

Jika stok di tangan saya tiada:

Sejarah Emas dan Duit

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.

Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi.

Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan [[sistem barter]] membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.

Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah:

1.Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
2.Kulit-kulit binatang
3.Pedang
4.Cerek (bahan tembaga)
5.Tombak
6.Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
7.Meriam kecil tembaga

Kemunculan duit syiling dan wang logam
Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia.


Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.

Wang kertas
Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.

Piawaian Emas (1880-1914)Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas.

Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu.

Tempoh antara peperangan (1918-1939)Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.

Wang fiatWang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.

Wang kreditWang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat.



Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.

Menilai Ketulenan Emas

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar

Carat (atau dalam bunyi sebutan melayu 'Karat') adalah unit bagi mengukur ketulenan emas. Biasanya di tulis dalam unit 'ct' atau 'kt'.

Untuk mengukur ketulenan emas, Carat bermaksud nisbah kandungan emas didalam sebiji/seketul aloi (logam campuran) dengan nisbah penuh 24:24 . Ini bermaksud lebih tinggi nilai Carat lebih tinggi nisbah kandungan emas bebanding logam-logam lain didalam aloi itu. Sebagai contoh, jika di katakan emas itu ketulenannya 22 Carat, ini bermaksud jika aloi itu di asingkan kepada 24 bahagian, 22 bahagian daripadanya adalah emas dan 2 bahagiannya mungkin terdiri dari logam lain seperti perak atau sebahagiannya. Ini bermaksud jika dikatan emas itu adalah emas itu adalah emas 24 Carat, 99.99% kandungannya adalah emas dan ini boleh di klasifikasikan emas tulen.

Bagaimana untuk mengetahui peratusan emas di dalam satu-satu barang kemas berpandukan sistem Carat, Lihat jadual di bawah:

Nilai Carat dan kandungan emas (%)

  • 9k Kuning - 37.5
  • 9k Putih - 37.8
  • 9k Merah - 37.5
  • 14k Kuning- 58.5
  • 14k White - 58.5
  • 18k Kuning- 75
  • 18k Putih - 75
  • 18k Merah - 75
  • 22k Kuning- 91.7
  • 22k Merah - 91.7
  • 24k - 100

Harga Spot 5 tahun


** Paparan graf di atas adalah panduan harga spot dunia, ia tidak termasuk caj-caj yang di kenakan untuk memproses, mengilang dan mengimport bekalan emas ke Malaysia.

Terkini dari rakan agen lain