Untuk membuat keuntungan emas ini terdapat 2 cara:
Pertama- Anda membeli ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas tinggi. Untuk pengetahuan anda, harga emas sememangnya cepat akan berubah setiap detik. Untuk harga emas public gold, berubahan berlaku setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.
Kedua- Menggunakan sistem pemurataan kos pembelian emas anda. Ok, saya menceritakan pengalaman saya secara telus dengan emas 20g ini. Bulan Ogos 2009 saya membeli emas 20g pada harga emas RM2312, bulan September 2009 pula saya membeli lagi emas 20g pada harga RM2412, bulan October 2009 saya membeli lagi emas 20g dengan harga RM2427. Cadangnya kalau bulan depan samada harga emas 20g naik atau tidak saya akan membeli lagi emas 20g itu. Katakan bulan November 2009 saya membeli pada harga emas 20g RM2500. So pengiraan yang mudah kita lihat samada untung atau pun rugi iaitu:
Harga Emas Purata 20g yang saya beli ialah =RM2412.17 untuk tempoh 4 bulan ini. Ini bermakna saya untung RM87.83 sen atas setiap emas yang saya jual. Jumlah keuntungan semuanya ialah RM351.32 jika keempat-empat emas ini saya jual. Bermakna 3.64% saya untung dalam tempoh 4 bulan.

0 comments