Content feed Comments Feed

Ramalan Harga Emas Pada 2011

Di hantar oleh Anas Syazwan Bin Md Ansar 23 October, 2010

Jangkaan atau ramalan harga emas bukanlah satu kerja yang senang. Tiada formula atau carta (analisis technical) yang boleh memberi ramalan yang tepat untuk harga emas tahun depan atau pun tahun-tahun yang terdahulu, kerana ianya sungguh komplek dan ketepatannya tidak menentu.

Harga emas adalah suatu angka yang memang sukar di ramalkan kerana ianya berkaitan dengan keadaan ekonomi global secara keseluruhan. Oleh itu untuk meramalkan secara tidak terlalu saintifik, kita harus melihat perkara-perkara atau fakta-fakta  fundemental di sebalik harga emas. Jadi, persoalan pertamanya, apakah perkara fundemental yang membuat harga emas melonjak naik?

Persoalan itu kita kembangkan dengan persoalan seterusnya, siapakah pembeli atau pelanggan pukal emas (pembeli yang boleh mempengaruhi harga emas, bukan pembeli kecil seperti kita)?. Jawapan soalan ini adalah, terdapat perniagaan yang menggunakan emas sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk mereka seperti industri semikonduktor yang menggunakan emas sebagai konduktor elektrik didalam cip dan juga kaki-kaki cip. Ada juga keperluan emas ini di dalam menghasilkan perkakasan yang digunakan di dalam industri kesihatan seperti hospital. Sebab itu kita boleh melihat terdapat individu yang sanggup membeli dekoder Astro anda yang di perbuat pada akhir tahun 90an dan di awal 2000 dengan harga RM50 kerana di dalamnya terdapat emas yang berharga lebih daripada RM 100 pada nilai sekarang!. 

Tetapi adakah kenaikan Harga emas daripada RM60/g (2004) kepada RM150/g (2010) di sebabkan permintaan industri semikonduktor? atau adakah juga ia di sebabkan pembelian oleh peniaga-peniaga barang kemas?

Dalam beberapa tahun kebelakalangan ini terdapat permintaan yang tinggi dikalangan pedagang-pedagang pasaran komoditi untuk membeli emas, tetapi trend untuk individu-individu memperdagangkan emas juga memberi kesan terhadap harga emas, ini kerana

  1. Individu biasa sekarang boleh berdagang (membeli dan menjual) emas di pasaran hadapan, secara mudah dengan membuka 'platform dagangan' yang sekarang ini boleh dilakukan secara online. Ianya seperti perdagangan matawang secara on-line.
  2. Kerajaan di beberapa negara sekarang sedang giat menggandakan simpanan emas mereka, kerana emas amat sesuai bagi perdagangan/pembiayaan/pinjaman sesuatu projek yang melibatkan kerajaan atau bank di luar negara mereka. Sebaliknya, duit kertas pula sesuai bagi pembiayaan projek yang hanya melibatkan transaksi dalam negeri. 
  3. Bank-bank sedang menggandakan simpanan emas mereka berikutan pengalaman mereka semasa krisis-krisis ekonomi yang berlaku pada masa dahulu. Kita dapat melihat trend ini pada bank-bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank yang menawarkan pembelian dan penjualan  'nilai emas' melalui Gold Account yang di tawarkan kepada pelanggan mereka. Ini membuktikan mereka sedang atau sudah memiliki simpanan emas yang kukuh dan sedang menggandakannya. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia.
  4. Pemain atau pedagang saham juga sekarang boleh membeli atau menjual emas melalui ETF (pertukaran dana yang terdagang/ exchange traded fund)
Semua yang di sebutkan di atas memberi tekanan jual/beli emas yang pasti menyebabkan harga emas melonjak naik atau merundum jatuh.

Jadi.. Apakah ramalan harga emas di tahun 2011?

Tak ada jawapan yang konkrit yang saya boleh berikan. Tetapi jawapan yang terbaik yang saya boleh berikan adalah dengan melihat kebarangkalian berpandukan data-data beberapa tahun yang terdahulu. Jika anda melihat trend nilai matawang Amerika berterusan jatuh maka peluang untuk harga emas molonjak amat tinggi. Tetapi setinggi mana? berapa tinggi harga bagi setiap gram atau ounce boleh bertahan?

Bagi menjawab persoalan itu kita kena melihat dan menyemak berapakah nilai tertinggi emas pada masa lampau. 21 hb Januari 1980, melihatkan emas mencapai paras USD850/ounce. Tetapi USD850 pada ketika itu memang tinggi jika di bandingka dengan kemampuan ketika itu?. Oleh itu kita harus merujuk nilai tersebut kepada CPI (Index harga pengguna /Consumer Price Index) dimana USD850 adalah sama nilainya dengan USD2,250 pada tahun ini (2010).

Bermaksud, jika trend ini berulang, harga emas boleh mencecah nilai sekali ganda dengan nilai sekarang! tetapi mengikut rujukan dan analisa saya di internet dimana terdapat penganalisa professional (saya bukan) mengatakan, disebabkan oleh ekonomi sekarang lebih baik daripada ekonomi pada 30 tahun dahulu, maka puncak bagi harga emas (sebelum ia jatuh untuk beberapa ketika) mungkin mencapai USD 5000/ounce iaitu hampir 5 kali ganda nilai sekarang.

Tetapi jangan cepat bergembira dengan berita ini!. terdapat juga penganalisa lain yang mengatakan pasaran juga berpaksikan kepada faktor psikologi dan emosi pedagang-pedagang. Sesetengah penganalisa mencadangkan supaya jangan terlalu percaya kepada jangkaan tersebut kerana selepas ekonomi Amerika pulih (dijangka pada 2011) harga emas akan balik kepada kadar seimbang.

Maka, bagi saya perlaburan emas bergantung kepada keadaan semasa, perlu dilihat permintaan emas masakini jauh berbeza dengan 30 tahun yang terdahulu, industri elektronik masa kini jauh lebih memerlukan emas dari masa lampau, pengalaman institusi dan kerajaan masakini terhadap krisis ekonomi dan bencana alam telah berubah, analisa teknikal harus bergantung kepada faktor fundemental dan perdagangan melalui internet akan memberi tekanan yang positif.

0 comments

Post a Comment

Harga Spot 5 tahun


** Paparan graf di atas adalah panduan harga spot dunia, ia tidak termasuk caj-caj yang di kenakan untuk memproses, mengilang dan mengimport bekalan emas ke Malaysia.

Terkini dari rakan agen lain